Hari ini Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran yg pertama. Sblm ni aku tlh melapor diri pada...alamak! lupa nak catat...agaknya 19hb Disember 2011. Guru2 di sini lebih ramai brbanding sekolah lama aku, iaitu seramai 60 orang...sekolah lama pula 33 orang... Sblm melapor diri,aku ada meninjau2 keadaan prasarana sekolah ini dari luar sahaja...aku bayangkan sekolah ni hampir sama populasinya dgn sekolah lama aku...rupa2...aku silap. Betul org ckp...don't judge the book by it's cover...aku menilai dari pandangan luaran sahaja. sbb aku tengok padang dia kecik je...haha...ini merupakan pengajaran jgk..
Mula2 GB memperkenalkan guru2 baru, trlebih dahulu beliau meminta GPK HEM kemudian diikuti guru BI dan aku. Sewaktu beliau menjemput aku mmberikn sepatah dua kata, aku trgelak bila dia ckp mcm ni: dipersilakan ustazah yg berkaca mata, berbaju hijau biru dan bertudung biru... "Norshila Amin"... Aku pun mmberikan pengenalan ttg diri aku, tmpat kelahiran & pengalaman mengajar serta harapan diri sendiri. Aku mcm x de point nk ckp...aku pun ckpla...sy brtukar kerana mahu brhijrah ke tmpat baru yg lebih selamat kerana tmpat penginapan yg seblm ni tlh 2kali dilanda banjir...brg2 & perabut byk yg rosak...selesai je aku brucap...dia kata pula.."ha..lps ni siapa nk tukar sekolah, cari rumah yg banjir smpai perabut rosak, nnti blh tukar sekolah"...dlm hati aku "****** ****" jgk GB ni...
Lps selesai sesi rehat...dtg plk guru jQAF (ustaz) bahasa arab...wah!pnjg lebar ucapan dia...byknya pngalaman dia & tingginya kelulusan dia...x pelah....itu rezeki dia...
Ketika cikgu2 lain nk tanda tangan opsyen bersara (sbpa), aku & cikgu2 baru yg lain x dpt borang, ini kerana kami perlu menandatangani borang trsebut di sekolah lama. Aku diberitahu oleh kerani sekolah aku, pd, 29 ni dtg sek lama utk tnda tangan....sblm pulang aku sempat meminta keizinan dr GB kerana aku trpaksa balik ke Segamat utk tanda tangan opsyen baru nnti. setelah aku pulang ke rmh mak...yg aku masih trfikir smpai kini ialah...selama aku brkhidmat selama hampir 16 tahun...inilah kali pertama GB mewujudkan anugerah persediaan mengajar paling kemas n bersih utk guru2...hmmmmm....
Bagi diri aku...walaupun tlh dewasa...tapi, agak sukar jg bg kita untuk menyesuaikan diri di tmpat baru. Suasana baru...kwn2 baru...murid2 baru...rmh baru...tentu mengambil masa sedikit jika org seperti aku ni, yg agak payah untuk mwujudkan kemesraan dgn kwn baru...mmg mengambil masa sedikit utk lbh rapat & mesra dgn seseorang. kcuali jika seseorg tu dh fhm ttg pendirian aku je yg blh rapat dgn aku...tapi, x pe...dgn pngalaman yg ada di 2 buah sekolah sblm ini, aku yakin aku boleh menyesuaikan diri di tmpat baru ni.
Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusanku di sini. Tmpat baru bkn utk kita mnjadi patah semangat utk meneruskan kehidupan, tapi di sinilah titik permulaan bagi sebuah kehidupan yang mungkin jauh lebih baik dari sebelum ni...InsyaAllah...Semoga Allah mmperkenankan segala doaku untuk anak2 & keluargaku...AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan