Salam muhibbah...
Terima kasih lagi kerana brkunjung ke mari...
Saya suka mendengar atau menonton rancangan brbentuk keagamaan di TV. Terutama rancangan Semanis Kurma, Tanyalah Ustazah, Reset Minda bersama dr Muhaya, Entri Jameela, Al-Hidayah, brsama Ustaz Don Danial, Ustaz Kazim, dr Fadzillah Kamsah dan banyak lagi... mana2 rancangan yang sy brpeluang menontonnya sy tdk akan lepaskn peluang itu.
Terima kasih lagi kerana brkunjung ke mari...
Saya suka mendengar atau menonton rancangan brbentuk keagamaan di TV. Terutama rancangan Semanis Kurma, Tanyalah Ustazah, Reset Minda bersama dr Muhaya, Entri Jameela, Al-Hidayah, brsama Ustaz Don Danial, Ustaz Kazim, dr Fadzillah Kamsah dan banyak lagi... mana2 rancangan yang sy brpeluang menontonnya sy tdk akan lepaskn peluang itu.
Saya rasakan diri sy ini sgt2 memerlukan saat2 untuk memulih, 'menyegar' dan memperbaiki rohani dan jasmani. Sy tahu sy bukanlah insan yang sempurna sebagaimana insan2 lain yang lbh sempurna. Setiap detik dan saat pasti ada kesilapan yang akan dilakukan, malahan pasti ada kekurangan pd diri ini.
Saya juga sedari, semua insan di muka bumi ini diuji Allah. Tidak kira siapa juga, tiada siapa yang trlepas dari pelbagai bentuk ujian dr Allah. Tak kiralah ujian kekayaan, kemiskinan, kejayaan, kegagalan, ujian perasaan, kesedihan, kegembiraan, kesihatan, kesakitan dan sebagainya. Juga bentuk ujian2 itu adalah brbeza2 utk setiap manusia. seberat mana pun ujian yang menimpa dan sekuat mana kita gagah menghadapinya, hanya Allah yang mengetahuinya, kerana Allah tidak akan menduga hambanya sekiranya hambanya tidak mampu. Hari ini kita diuji...kerana Allah Maha Tahu bahawa kita mampu dan boleh hadapi ujian itu...
Sekiranya di hadapan mata kita lalu seorang miskin dan hati kita berdetik... alangkah kasihannya hamba Allah ini, diuji dengan kemiskinan... itulah kehendak Ilahi utknya... masing2 ada bahagian masing2... tetapi lupakah kita bahawa... sebenarnya diri kitalah yang diuji Allah utk menyaksikan situasi itu... : "adakah kita lembut hati utk menghulurkan bantuan utk hamba Allah itu...?"
Setiap kesilapan yang kita lakukan akan menerima kifarah dari Allah. Kadang2 kifarah itu Allah datangkan di dunia tanpa kita sedari atau ketahui... cuba kita fikirkan sejenak... pernahkah kita mengalami sesuatu yang tidak pernah kita alami? contohnya hari ini dada kita terasa seperti dicucuk2 dari dalam..? atau... hari ini tangan kita tiba2 terasa kebas...? pernahkah anda terfikir.. bahawa itulah petanda bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita... bahawa ada sesuatu kesilapan yang telah kita lakukan sebab itulah Allah datangkan kesakitan itu... ada suatu dosa yang telah kita lakukan akhir2 ini.. inilah kifarah dosa kita namanya kiranya kita menyedari petanda yang diberi Allah itu. Sebab itulah apabila seseorang itu didatangkan kesakitan walau dalam bentuk apa sekalipun...itulah kifarah dosa atas apa perbuatan yang telah kita lakukan sebelum ini...
Oleh itu, sentiasalah banyakkan amalan dan banyakkan bertaubat selagi pintu taubat masih dibuka... Allah akan sentiasa menerima taubat hambanya... Jangan terlalu menghukum seseorang atas kesilapan yang pernah dilakukannya terhadap kita. Lembutkanlah hati kita untuk memaafkannya, kerana nabi pun memaafkn umatnya, sedangkan Allah mengampunkan hambaNya... jadi siapalah kita utk menghukum insan lain dengan hukuman sebegitu? Biarlah Allah yang menentukannya... Sekiranya kita amat sukar utk memaafkan kesilapan orang lain, mungkin ada sesuatu yang telah menimpa hati kita...selalulah update iman, reset minda n delete dosa. Fikir2kan dan selamat beramal... Wallahu a'alam...
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Tiada ulasan:
Catat Ulasan