Bercakap soal hati xsemua
orang boleh faham. Dan tak semua orang boleh selami apa yang ada dalam hati
orang. Kita selalu menduga tapi telahan kita belum tentu betul. Kadang-kadang
kerana hati jugaklah ramai manusia yang hilang arah, hilang pedoman..hilang hala
tuju hidup. Semuanya kerana terlalu mengikut kata hati hingga terlupa nak fikir
secara waras. Lupa nak fikir secara matang. Lupa nak fikir apa yang lebih
penting yang perlu dibuat. Selalunya bila discuss soal hati, kita akan selalu
kaitkan dengan cinta. Cinta juga bermula dari hati. Allah titipkan rasa cinta
dalam hati manusia untuk kita berkasih sayang..semuanya letaknya di sini, di
dalam hati. Kerana hati yang mula merasa cinta, kita mula menyayangi seseorang.
Kadang-kadang tanpa sebab. Buntu macam mana hati boleh menyayangi seseorang
sedalam ini. Semuanya hadir dengan izin Allah..dengan kuasa Allah.
Tapi bila segalanya tidak
jadik seperti mana kehendak hati, kita mula rasa goyah. Hati kita mula rasa
sakit. Kita mula rasa sedih..kita mula rasa ini tidak adil. Kita mula
pertikaikan itu dan ini. Selalulah ingat kita tak kan selalunya dapat sama
seperti mana yang hati kita nak. Kita kena didik hati ni terima segalanya
dengan redha. Kita kena didik hati jangan cepat rasa goyah, jangan cepat
melatah. Kita kena didik hati ni jadik kuat. Jadik sabar. Jangan cepat
marah..paling penting kita kena didik hati ni jadik orang yang ikhlas..sucikan
hati.
Bila segalanya tak seperti
kehendak hati, tariklah nafas dalam2..hembus pelan-pelan..istifar
banyak2..jangan biarkan syaitan amik kesempatan membisikkan hasutan demi
hasutan yang boleh memusnahkan diri sendiri. Fikirlah secara positif. Atasilah
kesedihan hati dengan cara yang betul. Tak dak orang yang boleh lari dari rasa
sedih. It’s ok to be sad. Sebab itu adalah antara rasa yang Allah bagi pada
hambaNya. Rasa sedih, marah..geram, sakit hati..semua rasa itu ada pada semua
manusia. Yang membezakannya adalah macam mana cara kita hadapi semua rasa tu.
Take it in a positive way. Bila rasa sedih, rasa hati sakit, nangis lah kalau
nangis tu boleh mengubat duka untuk sementara. Tapi jangan buat benda bodoh
sampai da tak sanggup nak hidup nak bunuh diri apa laa..jangan! Ingat kita
masih ada Allah. Kita masih ada ramai lagi orang yang sayangkan kita. Kita
masih ada masa depan. Mungkin hari ni Allah bagi kita rasa sedih sakit semua ni
tapi kena percaya Allah pasti janjikan sesuatu yang baik untuk kita pada hari
esok. Sabarlahh..kembalilah pada Allah. Mengadulah padaNya, menangislah nak
menangis macam mn pun. Allah Maha Mendengar. Allah tu tak kejam pada
hamba-hambaNya. Besar ganjarannya buat hamba-hambaNya yang bersabar. InsyaAllah..
Setiap kali benda jadik tak
seperti kehendak hati, aku selalu lawan perasaan sedih yang aku rasa. Walaupun
rasanya tak bes, dan kadang-kadang sakit tapi aku syukur sebab selalunya bila
benda-benda macam ni jadik, aku rasa dekat sangat dengan Allah. Aku tahu kerana
sayanglah Allah uji aku. Ujian demi ujian dalam hidup telah mendidik hati aku
untuk lebih matang dan tak terlalu mengikut perasaan. Mungkin aku yang tak adil
dalam cinta aku. Bila hati mula merasa senang aku mula lupa siapa yang bagi
semua rasa ni..aku leka. Malah kadang-kadang aku buat benda yang Allah larang.
Ya Allah..berdosanya laa aku. Memang aku bukan nabi yang bisa sempurna. Aku
cuma manusia biasa yang tak luput dari dosa. Tapi sampai bila aku nak terus
buat dosa demi dosa? Ya Allah..tuntunlah hati aku agar aku tak jatuh dalam
jurang dosa yang menyesatkan cintaku. Peganglah hati aku agar sejauh mana pun
aku pergi aku akan tetap berada di jalanMu. Aku mahu jadi hambaMu yang Engkau
sayang..yang Engkau kasih. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan