Pengikut

Isnin, Januari 13, 2014

Tanggungjawabmu adalah amanah Allah


Setiap diri di antara kita mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah. Tanggungjawab sebagai seorang kakitangan awam atau swasta, tanggungjawab terhadap kerja-kerja, bertanggungjawab terhadap majikannya atau ketua...dan sekitarnya. begitu jualah tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya dan anak-anaknya. Bukan sahaja sebagai ketua keluarga, malahan mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melaksanakan amanah terhadap isteri-isteri, serta anak-anak  di bawah jagaannya.

Apa yang dipertanggungjawab terhadapmu adalah amanah Allah yang tidak boleh kamu alpa atau lalai walau seketika. Perlu diingatkan lagi sekali : "Kamu adalah bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan terhadap kamu." Begitu berat memikul amanah...seberat memikul batu yang besar...berat lagi tanggungjawab itu...

Seorang ayah, bertanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah. Menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan didikan yang sempurna selaras dengan didikan agama. Oleh itu, berilah anakmu didikan agama kerana didikan agama adalah pegangan hidup dan bekalan hingga ke akhir hayat. Sekiranya anak-anak mereka kekurangan didikan agama, berpakaian tidak menepati syarak, seringkali tidak menjaga maruah diri... bapalah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah. Mampukan kamu wahai ayah? Mampukah kamu melahirkan anak yang soleh dan solehah? Bukan susah...wahai ayah...abah...bapa...papa... asalkan cukup didikan kamu terhadap anak, terselamatlah kamu. Anak-anak yang soleh dan solehah adalah penyelamat ibu bapa. Itulah antara amalan yang akan kamu bawa ketika mati.

Ingatlah wahai bapa...kamu juga sebagai suami kepada isteri...
punya tanggungjawab terhadap isterimu. Memberi nafkah, kasih sayang, tempat tinggal, didikan, dan sebagainya. Jangan kamu fikir...isteri kamu telah punyai didikan agama yang mencukupi, kamu tidak perlu membimbingnya lagi...Salah! Isterimu manusia biasa...yang perlu bimbingan seorang suami. Sekali isteri tersilap, jangan pula kamu melatah menyalahkan dirinya...isterimu adalah tulang bengkok yang perlu kamu luruskan...bukan dengan kekasaran, patah nanti jadinya. Tapi, dengan hikmah...kasih sayang... perhatian...dan kesabaran.. sekiranya kamu sabar menghadapinya...kelak syurga tempatmu nanti. Isterimu juga tulang belakangmu... isterimulah yang telah banyak membantumu...menyediakan makan minummu...melahirkan anak untukmu... menjaga kebahagiaan keluargamu...membantumu mencari nafkah keluarga...semua itu jasa isterimu..Kiranya kamu sakit, tidak boleh menguruskan dirimu, isterimulah yang membantumu. Siapa lagi?? 

Namun, andai suatu ketika...ketika isterimu tersilap langkah..atau melakukan sedikit kesilapan...atau tersilap sedikit dalam perlakuan, janganlah kamu menyingkirkannya. Janganlah kamu menghukumnya dengan hukuman yang tidak masuk akal. Ingatlah...dialah isterimu yang telah banyak berkhidmat dan berbakti kepadamu selama ini. Di sinilah amanah dan tanggungjawab kamu telah teruji...

Demikianlah juga seorang isteri ada tanggungjawab berat terhadap suami dan mengekalkan hubungan akrab dengan ibu bapa dan keluarga suami. Apabila telah menjadi ibu, tanggungjawabnya telah bertambah... sama ada untuk melaksanakan amanah Allah yang telah mengurniakan anak kepadanya dan tanggungjawab terhadap suami itu tadi.

Jelaslah amanah merupakan tanggungjawab yang besar dan mesti dipelihara...sama ada dalam bentuk fizikal atau kebendaan seperti barangan, wang atau moral. Oleh itu, tunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan terhadap kamu...sebelum kamu menutup mata. Keluarga kita adalah amanah Allah yang besar yang perlu kita jaga dan laksanakan...


Tiada ulasan: