Sayup di kejauhan
Ada sinar terpancar
Penuh keikhlasan
Memberi keutuhan dalam kesungguhanku
Memaut dahan nan rendang
Demi membina kebahagiaan...
Ku nampak sinar itu
Tiada dusta tiada duka
Menjadikan keyakinanku bercambah
Meneruskan langkah ini
Mengejarmu.....
Untuk mendapatkanmu
Menjadi genggamanku...
Jangan kau berpaling dariku
Kerana aku amat memerlukanmu
Jangan kau padam wahai sinarku
Temanilah aku...
Sehidup matiku....
Nukilan hatiku
11 Mei 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan