Pengikut

Sabtu, Februari 28, 2009

Banjir besar SEGAMAT

.

Akhir tahun 2006 daerah segamat telah dilanda banjir besar. Orang kata banjir seperti ini pernah berlaku 10 tahun lalu... rumahku di taman sri pelangi juga dilanda banjir. Air masuk ke rumah sedalam 1 meter lebih kurang paras atas pinggangku. 2 malam kami tidur dalam rumah yang banjir, nasib rumahku 2 tingkat. malam pertama kami makan apa yang ada, biskut dan malam kedua bubur yang jiranku masak. masa tu punyalah sedih... suamiku mengharung air untuk mengambil dapur yang dh tenggelam dek air. beras pula kami dh selamatkan awal2. so, dengan sabar suamiku menghulurkan dapur dan beras melalui tingkap atas ke rumah jiran sebelah. jiranku INA ada gas. dia pun masak bubur dan telur dadar. dapatlah kami mengalas perut.. kasihan anak2ku, mcm tak selera makan bubur berlaukkan telur dadar. waktu malam hanya terdengar desiran air mengalir deras di longkang sebelah deretan rumah kami.

hari kedua air sudah menunjukkan tanda nak surut, suamiku meredah air paras lutut untuk membeli makanan di kedai sebagai sarapan pagi. sekembalinya dari kedai suamiku kata kereta2 yang parking di jalan paya pulai semuanya berserakan kerana dihanyutkan arus air deras.
Apabila air semakin surut kami mula melihat ruangan tamu rumah kami. YA ALLAH!!! penuhnya lumpur hitam yang busuk dan sampah sarap.... kami mula membersihkan dengan menjirus air banjir yang masih ada di laman rumah. tak lama kemudian, adik iparku datang untuk menjemput kami ke pusat banjir. kami berjalan meredah lintasan keretapi terus ke bandar, kereta?? dah park kt rumah kawan yang tinggi sedikit, sbb tu jalan kaki. Di bandar pula macam2 situasi aku lihat, kereta masuk longkang, bas terbalik, cermin di kedai2 pecah & sebagainya. Ya Allah, inilah dugaan besar yang pertama kali aku terima. aku & keluargaku stay di pusat banjir SK Temenggung Ab Rahman Segamat. Sesekali kami balik ke rumah untuk menjenguk keadaan rumah untuk dibersihkan.

Tiada ulasan: