Pengikut

Ahad, Mac 01, 2009

Suamiku sakit.


Hari ini 1 Mac 2009, bermakna 6 hari lagi birthday suamiku. Bila lihat gambar ini yang diambil ketika birthday abang ke 41, sy teringat ketika itu abang masih menggunakan wheel chair untuk bergerak. muka abang masih sembab kesan dari ubat. sebenarnya waktu gambar ini diambil abang baru 2 minggu keluar dari wad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Selepas banjir besar melanda rumah kami, awal Januari 2007 abang mula rasa kebas2 pada tapak kakinya & badan terasa seram sejuk. Abang ingat demam.... Jumpa doktor, doktor pun suspect demam. Tapi doktor pun tak pasti kenapa kaki abang kebas2 & terasa menyucuk2 di bawah dada. Doktor bagi ubat demam, pil buang asid dalam darah, sebab doktor kata punca sakit bawah dada adalah disebabkan asid. Selepas makan ubat tu, abang tak boleh buang air kecil. pergi hospital segamat doktor masukkan tiub. Waktu itu sy ada taklimat Guru Pembimbing J-Qaf di BBU. Sepanjang di BBU sy menangis kenangkan keadaan abang. Semakin hari kebas di kaki abang semakin naik ke bahagian buku lali seterusnya sampai ke paras pinggang. Abang tak boleh pergi kerja kerana tak boleh jalan dengan normal. So, abang ambil MC klinik swasta dan poli. Setiap kali nak ke tandas pasti sy akan memapah abang.. Kesian abang...

Akhirnya abang ditahan di wad orthopedik Hospital Segamat. Itupun selepas abang pergi appoiment yang sakit tak boleh buang air kecil tu di hospital. Abang ditahan kerana kebas kakinya semakin teruk dan sudah tidak boleh berjalan. Sekejap aje, dalam masa 2 minggu sakit tu menyerang dia dah tak boleh jalan.. pelik kan???

Abang ditahan selama 2 minggu di hospital. doktor tak dapat cari apa sakit abang, laporan x-ray tulang abang semuanya ok. Salah seorang doktor yang cek abang cakap ini mungkin sakit saraf. setiap kali dia cek, mesti cucuk2 dari kaki abang sampai paras dada dengan kayu penyucuk sate & tanya "sini dengan sini mana rasa & mana tak rasa". Lutut abang diketuk2 untuk melihat tindakbalas. Sy tidur di hospital menjaga abang, setiap kali abang nak ke tandas sy akan papah. Sampai satu ketika bahu sy terasa sakit & sengal kerana memapah abang setiap hari. Satu malam ketika sy nak memapah abang ke tandas, tiba2... abang jatuh! Kaki abang sudah tidak boleh bertahan untuk berdiri lagi. Lemahnya semangat sy ketika itu...

Pagi sy pergi kerja lewat kerana pentadbir tahu masalah sy & mengizinkan sy datang lewat. Ketika sy kerja, adik ipar sy pula menjaga abang berselang seli dengan anak sandara sy. Setiap kali nak ke tempat kerja sy cium & peluk abang. Biar abang rasa walaupun abang sakit, tapi sy masih memerlukannya & abang tidak akan rasa tersisih dari kasih sayang sy. Waktu itu, nak dikatakan setiap masa dan saat sy menangis mengenangkan nasib abang.

2 minggu abang di hospital segamat, oleh kerana doktor tidak dapat mengesan penyakit sebenar abang, abang dihantar ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan ambulan. Mlm sy menyusul pergi dengan adik ipar sy tapi pulang semula ke segamat mlm itu juga. Di sana abang di tempatkan di wad orthopedik juga.doktor membuat rawatan susulan, x-ray, MRI, dll.... Hujung minggu sy baru datang untuk menemani abang. Sementara anak2 pula tinggal bersama datuk mereka. Setelah doktor dapat mengesan penyakit melalui kaedah MRI, abang ditukarkan ke wad medical. Doktor kata abang mengalami penyakit yang jarang dialami oleh masyarakat Malaysia, jika ada pun perempuan yang berumur 30 tahun ke atas. Peliknya......! Nama penyakit itu ialah "MULTIPLE SCLEROSIS" . Doktor galakkan sy cari dr internet untuk maklumat lanjut ttg penyakit itu. Doktor kata kemungkinan saraf tunjang tulang belakang abang dimasuki kuman. mungkin benar juga, sebab waktu banjir abang meredah air untuk menyelamatkan barang berharga di rumah kami, kerana kami tidak menyangka air naik setinggi itu.

Selepas 2 minggu abang di wad orthopedik & medical, abang dipindahkan ke wad Kelas Pertama. Doktor kata abang layak untuk wad itu kerana abang kakitangan kerajaan. Selepas doktor dapat mengesan penyakit abang, doktor mengesyorkan supaya ambil air tulang belakang untuk mengenal pasti tahap penyakit abang & jenis ubat yang sesuai untuk abang. Keluarga kami tidak mengizinkan. walau bagaimanapun, doktor mencuba ubat jenis steroid. Kesian abang, tangan abang dicucuk sana sini untuk ambil darah dan masukkan ubat. Setelah 1 hari 1 mlm ubat steroid dimasukkan, lebih kurang pukul 2 pagi abang mengejutkan sy dengan suara gembira & tawanya mengatakan jari kakinya boleh digerakkan.. Sy turut gembira bercampur rasa terharu, lantas air mata mengalir tapi sy sembunyikan dari abang. Setelah seminggu kaki abang tidak boleh bergerak langsung, seperti orang lumpuh... kini boleh bergerak kembali. Alhamdulillah Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.. Setelah kondisi abang bertambah baik doktor benarkan kami pulang dan membuat terapi di Hospital Segamat sehinggalah abang boleh berjalan sendiri. Sy kagum dengan semangat abang yang tidak berputus asa membuat senaman & latihan untuk berdiri di rumah.

Kini telah 2 tahun abang pulih dari sakitnya, abang sudah kuat menunggang motor kembali, sy sangat2 bersyukur. tapi jauh dalam sudut hati sy, sy tak mahu abang menderita lagi apatah lagi doktor mengatakan kemungkinan penyakit ini berulang. mudah2an tidak. Buat masa ini abang masih makan ubat yang dibekalkan hospital & masih lagi check doktor selang 6 bulan. Inilah ujian kedua paling berat dari Allah untuk sy & abang. Dato' Hassan Din al-Hafiz kata dalam sebuah akhbar, sesiapa yang pernah mengalami sakit itu tandanya Allah sayang & ia sebenarnya dalam menjalani proses pengampunan. Semoga Allah mengampunkan dosa2ku & suamiku....

Tiada ulasan: