Pengikut

Selasa, Mac 03, 2009

Adat bekerja.

Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang. Allah swt telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja tekun dan berdedikasi. Ia kerana orang yang hebat dan berjaya cemerlang itu selalu memusatkan perhatian mereka pada usaha yang sedang mereka lakukan. Oleh itu, bagi mempraktikkan sikap tekun dan berdedikasi dalam kerjaya kita hendaklah memaling dan memerhatikan bagaimana seekor serangga yang sering menjadi perbandingan dengan manusia. Kenapa serangga yang bertubuh ini pula menjadi idola manusia? Sikap rajin dan dedikasi semut boleh dijadikan iktibar dan pedoman. Perhatikan bagaimana semut apabila mencari makanan mereka begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan dianggap mempunyai sumber makanan. Meskipun kawasan itu terletak jauh dari sarangnya, namun mereka masih sanggup mencari dan terus mencari sehingga berjumpa dangan sasaran yang dikehendaki. Sebenarnya, keazaman dan semangat gigih menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan dan sekaligus memacu kegemilangan. Inilah semangat, sikap dan tabiat baik semut yang boleh dimanfaatkan manusia kerana kita selalu cuai dan tidak mampu berasimilasi dengan alam secara baik dan sempurna.

Tiada ulasan: