Pengikut

Ahad, Mac 29, 2009

1 hari 3 majlis

Sebenarnya semalam sy ingin menulis dlm blog sy ini, tetapi hasrat sy terhalang kerana camera sy tak boleh connect dengan komputer. Hari ini masalah yang sama berlaku,tetapi sy tetap juga menulis.

Pada 27 Mac 2009, sekolah sy mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum dan semasa program tersebut. Sebelum sambutan kami telah mengadakan pertandingan mewarna tulisan khat untuk tahap 1, merencana jawi untuk tahap 2 dan pertandingan menghafaz ayat 1000 dinar & selawat syifa' untuk tahap 2. Semasa sambutan pula,murid-murid berarak sambil berselawat, berzanji & marhaban, persembahan nasyid dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh guru j-Qaf sekolah saya iaitu Ustzh Norhazima bt Awang. Anak saya Nursyafawani Sima mengambil bahagian dalam berzanji. Beliau membaca rawi 4. Pada 31 Mac pula anak saya akan bertanding ke peringkat Zon Jementah di SK Buluh Kasap.

Syukur, kerana perjalan sambutan Maulidur Rasul berjalan dengan lancar.... Pada petangnya pula, sy menghadiri majlis penyampaian hadiah kecemerlangan 2008 sek agama anak saya. Muhammad Syazni mendapat tempat pertama darjah 1 ba' & Nursyazana Sima mendapat tempat ketiga darjah 4 ba'. Selesai majlis tersebut, mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sek Agama Pogoh pula diadakan. Tapi yang sy tak boleh lupakan, sy mengantuk sepanjang ucapan yang disampaikan oleh Ketua Kampung...teringat bantal kat rumah, rasa nak balik je.. Walaubagaimanapun, sy segar kembali ketika ucapan Pegawai Pej Agama Segamat. Sebab...ada point yang disampaikan.

Tiada ulasan: