Pengikut

Selasa, Mac 31, 2009

Untuk anak-anak

Hari ini balik dari sekolah seperti biasa (1.20). Terus hantar Syazni ke sekolah Agama. Duduk berehat sekejap, saya teringat program Motivasi di sekolah tadi. Program ini khas untuk murid-murid tahun 4,5 & 6. Pengisiannya memang bagus. Cuma sy tak berkesempatan untuk mendengar sepenuhnya kerana ada kelas. Pada akhir slot, penceramah memaparkan cerita tentang pengorbanan ibu dan bapa diselitkan dengan gambar dan lagu-lagu yang syahdu.. Sungguh berkesan sekali slot ini ke dalam jiwa murid-murid saya kerana majoriti murid-murid yang terlibat menangis teresak-esak & ada yang hampir meraung. Saya ada merakamkan foto-foto tersebut tetapi seperti semalam kamera saya bermasalah...Memang betapa besar pengorbanan ibubapa, justeru itu sebagai anak tidak boleh menderhaka apalagi melawan kata atau nasihat ibubapa.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Lukman ayat 14 yang bermaksud,
" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) terhadap dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah, dan menceraikannya daripada menyusu dalam masa dua tahun."
Ayat ini menekankan betapa pentingnya mentaati & berbuat baik kepada ibu bapa.
Sebagai anak kita mestilah menghargai jasa pengorbanan mereka, balaslah jasa mereka apabila mereka tua nanti. Walau bagaimanapun, saya sebagai ibu, tiada mengharapkan apa2 harta kekayaan dari anak2 saya selain dari kejayaan mereka.

Anak-anakku,
Kau permata hatiku,
Kau cahaya hidupku,
Kau membuatkan hidupku ceria,
Kaulah harapan kami ayah dan bonda.

Belajarlah walau sejauh mana,
Usahalah selagi terdaya,
Peliharalah akhlakmu walau di mana,
Penuhi dadamu dengan iman & taqwa.

Beringat-ingatlah, berpesan-pesanlah...
Sesungguhnya apabila ibu marah,
Marah bukan tanda kebencian,
Marah itu tandanya sayang..

2 ulasan:

Azza berkata...

Teringat masa syazni baby dulu..pagi2 dah kene kepong dgn mak teh die...

shila.n1971 berkata...

biasalah.... COMEL kan...