Pengikut

Isnin, Mac 16, 2009

Hadiah dari Tuhan


Saya mula berkhidmat 1 Julai 1996 di SK Palong Timur 1, Segamat. Pada 2 Febuari 2004 saya bertukar ke SK Dato' Seri Maharajalela, Segamat. Selama 13 tahun saya bertugas inilah kali pertama saya dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. Alhamdulillah syukur kepada Allah, berkat segala usaha, saya jalankan tugas dengan penuh ikhlas, dan niat semata-mata kerana Allah. Yang penting kita tidak boleh merungut dengan tugas-tugas yang diberikan. Apalagi saya telah memegang jawatan Ketua Panitia Pendidikan Islam sejak 2006 di sek ini. banyak Program2 sek di bawah panitia Pendidikan Islam.

Inilah namanya hadiah dari Tuhan, Dia telah memberi ujian yang paling hebat dalam hidup saya. Berkat kesabaran dan segala usaha saya Allah telah membalasnya dengan kebaikkan yang tidak terhingga....
Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan lagi potensi kerjaya saya di masa2 akan datang. Amin..

2 ulasan:

Ateh Salim berkata...

Tahniah dari Pak Lang

Ateh Salim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.