Pengikut

Khamis, Julai 30, 2009

Laptop Skin

Beginilah rupanya laptop sy setelah sy pasang laptop skin... cantik jg.. Nmpk unik dan exclusive sedikit dari sebelumnya.. Sebenarnya banyak lagi design lain selain yg sy beli dengan harga RM15.00 ini. Tapi kebanyakkannya gambar kartun, pemandangan bangunan dan corak seperti yg sy beli ni. Cuma corak seperti ini terhad warnanya, yg sy beli inilah antara yang menarik perhatian sy.. kalau ada warna PINK memang sy suka....Sy memang tak suka gambar kartun, sebab sy pun bukan kanak2 lagi. So, corak bunga seperti ini menepati citarasa sy. Antara fungsi laptop skin ni selain daripada ianya nampak lebih unik, ia juga bertujuan untuk menjaga permukaan laptop supaya sentiasa selamat dari calar. Sebenarnya tujuan asal sy nk letakkan screen guard untuk protect screen, tapi oleh kerana penjual tidak memberi khidmat memasang screen guard dan sy sendiri tak berani memasangnya jadi sy tukar hasrat sy tadi...



Sebelum tampal laptop skin..

Nampak biasa dan simple aje...

Ini "laptop" anak2 sy... Cuma ada game dalamnya, tapi bukan sebarangan game..... banyak menguji minda dan melatih bahasa anak sy. Sy beli bertujuan untuk perkembangan kognitif anak2 sy.

p/s: Hari Ahad lepas 2 Ogos 2009 sy pergi PC Fair di BP Mall Bt Pahat... Nmpk Laptop Skin... cantik2!!! Berkenan sangat2... tp, apa nk buat dh terbeli yang ini....




Tiada ulasan: