Pengikut

Rabu, Ogos 05, 2009

Terkejut...

Hari ini di IPGKTHO sy dan rakan2 dikejutkan dengan virus H1n1..... Terkejut sungguh apabila kami dapat tau seramai 3 orang warga IPTHO telah dijangkiti virus ini. Tapi kami x pasti dari kalangan mana, sama ada penghuni asrama atau bukan dan sama ada pelatih PISMP atau bukan. Ketika dapat tau meremang rasa.....

Saya dh lama mengabaikan kes ini kerana sibuk dengan tugasan2 KPM-OUM KDP 14 minggu ni, apalagi nk study untuk exam mid term minggu depan. Minggu ni pulak tgh sibuk isi online borang SMP, banyak surat2 @ sijil2 nk photostat dan disahkan oleh guru besar.... Macam dh lupa lah.... Minggu lepas, kami dpt tau SM Teknik dh ada 1 kes dan meningal dunia. SM Teknik ni betul2 bersebelahan IPTHO. Hari ini dengar2 kt belakang IPTHO dh ada kes baru. Hari2 ada kes baru, sy dan rakan2 menjadi semakin bimbang.

Sebelum balik dr kuliah kami ramai2 sepakat, esok kita sama2 pakai mask datang ke IPTHO sebagai langkah berjaga2. Beringat sebelum kena. Petang ni jugak sy nk cari mask tu kt farmasi...!!!

Adik sy Amir skrg on the way balik ke rumah mak, katanya di kolej beliau dh ada kes dan diberi cuti... May be IPTHO pun akan mengambil langkah yang sama... tunggu jelah...
Bagaimanapun sama2lah kita berdoa kepada Allah supaya diselamatkan dari wabak ini. Buat solat hajat... Selalulah beringat2, ini adalah peringatan Allah kepada kita. Supaya kita tidak lalai dan leka dari mengingatinya..... Apalagi kita manusia akhir zaman selalu alpa dan leka dengan kenikmatan dunia. Sibuk mencari harta kekayaan hingga kewajipan kita kepadaNya pun telah dilupakan.

"Ya ALLAH selamatakanlah kami"

Bersama2 rakan sekelas sy Kumpulan 3 KPM-OUM KDP 14 minggu...
.......Kenangan pakai mask.....


Tak nmpak senyuman kami..

Tiada ulasan: