Kewujudan Iblis tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Ia dicipta dari api seperti mana yang termaktub dalam al-Quran. Kebanyakan ulama tafsir menyatakan Iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri dari yang beriman dan yang kafir. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raf; ayat 72). Mereka juga telah diberi keizinan oleh Allah untuk menyesatkan manusia sejak kelahiran satu nyawa manusia hinggalah hari kiamat. Itulah janji Iblis kepada Allah setelah ingkar perintah Tuhan supaya sujud kepada nabi Adam.
Walau bagaimanapun, makhluk ini boleh menjelma dalam bentuk tertentu sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jin ada 3 golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai." (Hadis riwayat Hakim dengan sanad soheh.)
Hadis daripada Aisyah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hiatm kerana warna hitam adalah melambangkan kekuatan dan tenaga tambahan mereka.
Antara peranan jahat syaitan ialah:
1) Mencipta permusuhan antara manusia.
2) Menghilangkan pertimbangan akal yang waras.
3) Tamak dan hasad dengki.
4) Mencipta bibit perpecahan antara umat Islam
5) Memesongkan akidah umat Islam.
6) Menyeru kepada kejahatan.
7) Mengharam dan menghalalkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan.
8) Mencipta perbalahan dalam agama.
Sumber daripada internet...
Sedikit info berguna untuk diri saya;
MINDA DAN HATI KITA TIDAK AKAN DAPAT KESEDARAN KALAU KITA TIDAK MELATIH DENGAN BERZIKIR DAN BERFIKIR.
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan