Pengikut

Ahad, Julai 31, 2011

Dunkin Donut

Esok dh mula puasa, hari ni kitorg pegi pasar utk beli keperluan untuk sahur & berbuka. Nanti senang..taklah letih nk beli brg2 time puasa. Anak2 sy tentu lemah gemalai nnti bila tgh puasa beli brg2. Kitorg belilah ayam sekor, ikan pari & udang besar. Rancangnya..sahur nanti udang masak lemak, biar berselera ank2 mkn.

Dh 3 hari lepas ank2 minta belikan dunkin donut kt BP Mall. Jauh tuuuuu...kita kt segmt, takkan nk kesana semata2 nk beli donut. Kita wat sendiri naaaaaaaakkkk...???? jom beli brg2!

Bahan2:

2 cwn tepung gandum
2 sudu bsr susu tepung
2 sudu bsr mauripan
1 susu bsr marjerin
1/2 cwn air suam
sedikit garam

Cara2:

1) Masukkan mauripan ke dalam air suam dan kacau rata, biarkan 15 minit.
2) Campurkan tepung, susu tepung, marjerin, mauripan yang telah direndam dan sedikit air garam.
3) Gaul & uli hingga lembut
4) Tutup dengan kain basah dan birakan selama 1/2 jam.
5) Terap dengan penerap donut.

Setelah 15 minit.

Aku guna gelas utk terap donut & penutup botol utk tebuk dalamnya. (dpt idea dr internet)

Setelah digoreng.

Inilah dunkin donut tuuu...letakkan cooking chocolate atsnya...
menyelerakan ank2ku...


Tiada ulasan: