Aku heran...mengapa ada seseorg tu suka nk buat buruk kpd aku. Dh 2 kali aku tukar alamat blog. sebabnya...dia suka masuk blog aku then kutuk2 penulisan aku. kalau x suka, knp nk intai2 lg blog aku? dia jg share hasil penulisan aku kt wall fb dia. fb dia tu plk, fb menyamar diri dia, add aku & ank2 aku... pelik kan??Apa tujuannya..???
Dia igt aku tak tau aktiviti dia...ada prnh berlaku beberapa kali insiden yg aku paling tak suka. dia masuk blog aku menyamar diri sbgai "SETAN", hina2 aku kt msj chatbox aku...sms layang kt aku...kutuk2 aku kt org... dia selalu tak puas hati dan bencikan aku... skrg aku rs lega sikit stlh aku tkr link blog ni. maybe utk seketika dlm beberapa bulan...smpai org tu lupakan blog ni (kalau boleh). biarkan dia dgn aktiviti dia...mnyamar diri dlm fb dia...dh tak de keje agaknya!
Tak apalah...biarlah apa org nk buat kat aku...asalkan aku buat baik pd org.
Smlm aku singgah kt blog jejari runcing...baca2 entry dia ttg majlis pertunangan yg ala2 arab. aku bkk blog dia pun sbb dia dh putus tunang ngn Apex pnjaga gol tu. Aku trjumpa kata2 ni & copy paste kt sini...
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan