Pengikut

Ahad, Januari 29, 2012

Hidup kita sementara

Segala yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman. Semuanya tidak akan kekal lama. Yang baru akan menjadi lama, yang cantik akan berubah buruk, yang indah akan menjadi pudar, yang hidup pastinya akan mati akhirnya...ternyata hidup kita hanyalah sementara. Semua itu adalah urusan Tuhan.

Tidak saya sangka, dalam tempoh 1 bulan...2 orang sahabat sekelas/sekuliah saya telah dijemput Ilahi.. pada 29 Disember 2011 kawan sekelas saya di OUM Zuriati bt Udin telah kembali ke rahmatullah di Kluang. Beliau berasal dr terengganu berumur 39 tahun. Tidak mempunyai penyakit, meninggal kerana saluran darah tersumbat dan gagal untuk bernafas (menurut kawan). Bila saya terkenangkannya saya tengok wall FB dia. Kali terakhir saya jumpa dia di Kluang Mall iaitu 2 minggu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Waktu itu, dia kelihatan ceria seperti biasa... Tak sangka Tuhan akan menjemput dia seawal ini...

Zuriati Udin
Allayarhamah Ustazah Zuriati Udin bertudung kuning (tengah).

Manakala pada 29 Januari 2012 pula, seorang lagi sahabat sekuliah saya telah kembali ke rahmatullah. Beliau menetap di simpang renggam. Berumur 40 tahun (sebaya saya). Dia pernah sekelas dengan saya sewaktu KDP (Kursus Dalam Perkhidmatan-14 minggu) di IPTHO tahun 2009. Dia telah dilantik sebagai ketua kumpulan kami. Sebelum ini saya pernah mndengar tentang kisah hidupnya melalui seorang kawan dan merasa sungguh simpati dengan perjalanan hidupnya. Dia merupakan seorang yang periang sungguhpun perjalanan hidupnya begitu. Mungkin ingin berselindung di sebalik kisahnya. Namun, Tuhan lebih sayangkan dia.

Allayarham Cikgu Razali bin Ali

Saya teringat semasa final exam semester SEP 2011 (dalam bulan disember). sewaktu tu kami menduduki kertas Kajian Penyelidikan. Dia berada di hadapan meja saya. Waktu itu dia kelihatan seperti tidak bermaya, berjalan terdengkut-dengkut...namun wajah seperti selalu...masih boleh tersenyum... saya tidak berpeluang menyapanya kerana waktu itu kertas exam hampir nak mula dan dia masuk lewat ke dewan peperiksaan...
memang biasanya bila final exam (kecuali exam Opsyen) dia akan duduk di hadapan saya... itulah kali terakhir saya melihat ke wajahnya...

Hidup kita adalah milik Tuhan...semua yang ada sekeliling kita adalah milik Tuhan jua...bila2 masa sahaja diri kita akan dijemput olehNya. Maka banyakkanlah amalan dan bertaubat sekiranya kita telah banyak membuat kesilapan kepada manusia dan Allah. Sentiasalah bersedia untuknya.

Kisah sahabat saya ini ada diceritakan di blog bapa saudara saya.




1 ulasan:

Shila berkata...

sy tringat lg..ms exam KDP sy selalu share jwpn dgn arwah cg razali...sbb dia ddk dpn sy...