Situasi 1:
Sebuah sekolah rendah (sekolah anak saya) tidak perlu saya nyatakan nama sekolah tersebut... Sewaktu saya (cuti sekolah) meminta untuk menukarkan persekolahan anak2 lelaki saya ke daerah lain, GPK HEM sekolah tersebut yang menyediakan dokumen2 seperti surat pertukaran (beliau taip sendiri dlm komputer) dan profile peribadi anak2. Akhir sekali, beliau berpesan agar pergi ke PPD daerah berkenaan terlebih dahulu sebelum mendaftar ke sekolah baru nanti. Saya berpuas hati dengan cara beliau ini.
Situasi 2:
Sebuah sekolah menengah pula, sewaktu saya pergi ke pejabatnya (waktu cuti sekolah). Masuk sahaja ke dalam pejabat, masing2 memandang ke arah saya seolah2 seperti pelik dengan kehadiran saya atau...kehadiran saya ni menganggu konsentrasi mereka...? mungkin juga kerana waktu itu, ramai pelajar SMK tersebut sedang berurusan untuk menuntut pampasan banjir...menyebabkan kehadiran saya tidak dipedulikan. Akhirnya seorang wanita menyapa saya dan membantu saya... Setelah selesai mengisi borang pertukaran, borang tersebut diserahkan kepada kerani SMK tersebut. Wanita tersebut berpesan agar saya datang selepas pukul 2 untuk mengambil semula borang tadi kerana Principal tiada waktu itu...OK...saya terima. Rupa2nya wanita itu merupakan GPK HEM SMK tersebut.
Saya seorang yang menepati masa, oleh itu...tepat pukul 2 saya tiba di pejabat berkenaan. Saya bertanyakan kepada pembantu pejabat...alangkah hampanya kerana dia tidak tahu siapa yang menaip kembali borang yang saya telah isi pagi tadi. Nasib saya baik kerana GPK KEM masih ada di situ, dialah yang mengarahkan kerani menaip borang pindah anak2 saya setelah berjaya dikesan tempat borang tersebut diletakkan pagi tadi...Dalam hati saya berkata, "Masih belum taip lagi...??? Janji pukul 2..." Saya masih boleh menahan sabar...
Sebelum pulang, GPK HEM berpesan agar saya datang kembali antara tarikh 27-29 Disember 2011 untuk mengambil profile dan segala kerja kursus anak2 saya untuk dibawa ke Sekolah baru nanti. Pada tarikh tersebut, semua guru datang bermesyuarat, jadi bolehlah kami dapatkan semua dokumen itu.
Situsasi 3:
Di Pejabat Pelajaran Daerah...anak2 lelaki saya telah pun mendapat kelulusan untuk berpindah ke daerah baru. Walau bagaimanapun, 2 orang anak perempuan saya masih disekat pertukaran mereka kerana kami tidak mempunyai alamat tetap di Daerah baru ini. So, saya perlu tunggu masa yang sesuai untuk dapatkan rumah. Tertanya juga dalam hati, mengapa sekolah rendah begitu mudah mendapat kelulusan sedangkan sekolah menengah perlu nyatakan alamat di daerah ini jika ingin bersekolah di sekolah yang dicatat di borang itu...Hasrat itu, terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu, sehingga ke waktu yang sesuai...
Pendaftaran anak2 lelaki di sekolah rendah telah selesai. Sedangkan pertukaran anak2 perempuan ke sekolah menengah masih belum diluluskan...Begitu mudah berurusan dengan sekolah rendah...
Anak2 lelaki sekolah rendah sudahpun selesai urusan pembelian buku tulis mereka. Tahun ini, buku tulis hanya beli buku matematik dan muzik kerana telah ada buku2 tulis yang diterima semasa bantuan banjir... Anak2 hanya ke sekolah sahaja untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah baru...
Situasi 4:
Saya kembali ke SMK di daerah asal untuk menuntut profile dan kerja kursus anak2 perempuan saya sebagaimana yang dijanjikan. Suasana begitu sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar tingkatan 1. Saya ke pejabat dan berjumpa dengan GPK HEM. Untung...dia masih ingat saya... jadi, dia mengarahkan guru kelas anak2 saya dan semua guru subjek menyediakan rekod kerja kursus anak2 saya. Lama juga saya menunggu semuanya selesai...hampir 1 jam duduk menunggu... akhir sekali, beliau menyatakan ada dua subjek tak dapat lampirkan rekod kerja kursus kerana guru telah pulang dan bilik KH telah dikunci.Waktu itu sudah pukul 12.30.
Sebelum pulang, beliau berjanji akan menyerahkan keesokkan hari segala yang belum diserahkan. Dengan hati yang berat, saya bersetuju tetapi merungut juga...kerana saya kena datang kembali esok hari...Haiiiii.....
Anak2 perempuan di sekolah menengah pula berlainan situasinya. Sehari sebelum hari persekolahan, kami pergi ke pejabat SMK tersebut untuk mendaftar mereka. Seorang pembantu pejabat menjelaskan, kami perlu datang pada hari persekolahan esok untuk pendaftaran. "Mengapa tidak hari ini je??" kata hati saya...
Seawal jam 7.15 pagi saya telah menghantar anak sulong untuk mendaftar di sekolah baru. Saya difahamkan semua pelajar perlu ke dewan untuk mendengar taklimat. Akhirnya, walau lama menunggu, dapatlah saya mendaftar anak sulong saya.
Pukul 12.20 pula, saya menghantar anak yang kedua pula...samalah juga seperti sesi pagi...perlu menunggu hingga perhimpunan selesai.Tunggu punya tunggu...sampai pukul 2.15 masih belum ada guru yang menerima atau melayan kami. Bukan saya seorang sahaja....ada beberapa orang lagi yang menunggu seperti saya. Buang masa sahaja...Dipendekkan cerita...selesai urusan pendaftaran jam hampir pukul 3. Sabar je lah!!!! Hampir 2 jam menunggu dengan sabar...
Jadi, pada pandangan anda...situasi yang manakah anda suka dan hargai perkhidmatannya? Bermacam2 tafsiran dalam kepala ni...mengapa pengurusan sekolah menengah lebih cerewet berbanding sekolah rendah...Adakah mereka malas untuk menjalankan urusan...atau dengan cara begitu lebih memudahkan meraka? Fikir2knlah...
<<>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan