Murid yang dimaksudkan berdiri di hadapan (yang tengah)
Namun, yang menariknya murid ini fasih berbahasa inggeris. ketika mula persekolahan, dia berkomunikasi bersama guru-guru menggunakan bahasa inggeris... Dia sangat berminat sekiranya guru membawa bersama atau sedang menggunakan komputer riba. Pernah saya bertanya dengannya, bagaimana dia boleh berbahasa inggeris dengan fasih, dia menjawab...semua dia belajar di internet... juga melalui permainan (game) yang berbahasa inggeris... menurut guru-guru lain, sewaktu dia kecil, ibu bapanya membiarkan murid ini bermain dengan komputer tanpa memperdulikannya...ini mengakibatkan dia tidak pandai berinteraksi dengan orang keliling...tidak pandai mengurus diri sendiri dan punya identiti yang terbentuk sendiri yang bukannya dari bimbingan ibu bapanya...dunianya hanyalah komputer sahaja...
Saya teringat ketika di dalam kelas, iaitu di bulan puasa tahun 2011... sewaktu ini murid ini dalam tahun 3 dan saya adalah guru kelasnya. setiap hari dia akan melaporkan tentang puasanya tanpa diminta oleh saya... seronok apabila dia mula boleh bercakap bahasa melayu... ini menunjukkan guru-guru telah berjaya mendidik murid ini menggunakan bahasa melayu. Ketika tahun 3 juga, murid ini telah menunjukkan kemajuannya dalam berinteraksi dan mengurus dirinya sendiri walaupun dia sememangnya selalu bercakap sendirian.
Namun, ada satu cerita yang membuat saya terkenang-kenangkannya...suatu hari dia menangis teresak-esak selepas guru kaunselor keluar dari kelasnya... saya merapatinya dan bertanya kepadanya mengapa...oleh kerana waktu ini waktu rehat, bolehlah saya bersamanya lama sedikit...rupa-rupanya dia menangis kerana dimarahi guru kaunselor hanya kerana tidak tahu mengelap hingusnya yang meleleh... kesian saya melihatnya...dalam hati saya berkata...apalah salahnya kiranya guru keunselor tersebut menasihati murid itu supaya membawa sapu tangan dan didik dia supaya menjaga kebersihan diri... akhirnya saya sendiri yang menasihati murid tadi...ternyata keesokan harinya murid ini mengikut nasihat saya dan menunjukkan perkembangannya...Alhamdulillah..saya berjaya...
Sebagai guru, kira haruslah bersabar menghadapi kerenah pelajar kita. didiklah dan bimbinglah mereka ke arah yang membentuk peribadi yang sempurna. namun, ada kalanya kita harus bertegas dan mestilah kena pada tempatnya....bukannya marah tanpa usul periksa. kerana mendidik itu satu pekerjaan yang mulia dan memerlukan banyak kesabaran ketika menghadapinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan