Pengikut

Khamis, Mac 01, 2012

Ayam masak blackpepper

'Image from google'

Ingatkan masak ayam masak black pepper ni susah sangat...
rupa2nya senang je....

Bahan2:

6 potong ayam (potongan sederhana)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu lada hitam
sos blackpepper
sos tiram
kicap (untuk warna lebih hitam)

Cara2:
1) Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia.
2) Tumis bahan2 tersebut dalam kuali. Setelah itu, masukkan sos blackpepper, sos tiram dan sedikit kicap. gaul rata kemudian masukkan sedikit air.
3) Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul rata bersama sos yang telah dimasak tadi.

*sesiapa yang tidak suka masin, tidak perlu tambah garam kerana kedua2 sos tu dh masin.
*hiaskan dengan lada hidup & hidangkan bersama nasi panas.....fuuuuhhhh...sedap!!!

Anak lelaki sy suka sangat, macam makan chicken chop katanya...

Tiada ulasan: