Pengikut

Isnin, Mac 12, 2012

Jangan bersedih wahai hati...


Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kamu,
Kerana dialah yang mengajar kamu ketabahan,
bersyukurlah kepada orang yang mengabaikan kamu,
kerana dia juga yang memupukmu untuk berdikari,
bersyukurlah kepada sesiapa yang menjatuhkan kamu,
kerana dia yang memperhebatkan lagi kemampuanmu,
bersyukurlah kepada yang menyiksa kamu,
kerana dia yang mengujimu erti kesabaran...

wahai DIRI,
jangan terlalu bandingkan diri dengan yang di atas kelak kita akan kecewa,
jangan terlalu bandingkan diri dengan di bawah kelak kau sentiasa berasa selesa,
bersyukurlah semua yang berlaku ada hikmahnya...

adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu,
hidup ini bukan hanya ada ketawa dan gembira...


1 ulasan:

yusnita berkata...

Syukur Alhamdullillah...

Tangisan melegakan.. ^^