Tetapi, pada semester akhir ni saya rasa amat sukar sekali untuk mengkaji tajuk assignment yang diberikan. Untuk tingkatan 5 saya perlu mengkaji sejarah kemunculan ajaran sesat iaitu Syi'ah, mazhab2 yang popular di kalangan syiah, usul akidah peringkat syiah serta memberi pandangan tentang ajaran syiah di Malaysia... sementara tingkatan 6 pula, saya dikehendaki mengkaji dan membuat perbandingan antara agama samawi dan agama2 lain... minggu ni 13 Oktober adalah tutorial kedua....moga2 pensyarah dapat membimbing untuk tajuk assignment ni...
Apa yang saya dapat dari hasil bacaan di internet, fahaman syiah telah dibawa oleh seorang pendita yahudi dari yaman yang telah memeluk Islam. nama beliau ialah Abdullah bin Saba'. Bekas pendita yahudi itu terasa terhina selepas berpindah ke Madinah kerana tidak mendapat layanan dan penghargaan dari khalifah Uthman ketika itu. Ini kerana Khalifah ketika itu sibuk dengan urusan mengumpul ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan sebagai satu mashaf.
Tujuan Abdullah bin Saba' memeluk Islam ialah untuk tujuan jahat dengan memecahbelahkan umat Islam, lagipun waktu itu pucuk pimpinan Khliafah Uthman lemah. beliau telah mengeluarkan hadis-hadis rekaannya sendiri untuk mengapi-apikan pemberontakan terhadap Saidina Uthman. Berdasarkan hadis ini Abdullah menaburkan fitnah bahawa Khalifah pertama Abu Bakar, kedua Umar Al-Khattab, ketiga Uthman bin Affan adalah penentang wasiat Rasulullah s.a.w dan perampas jawatan khalifah daripada Saidina Ali.Beliau telah mengapi2kan penyokong Saidina Ali supaya menentang pemerintahan waktu itu iaitu Saidina Uthman. Fahaman syiah yang pada mulanya ada 1 aliran, kini golongan syiah trbahagi kepada 22 firqah atau aliran.
Begitulah serba sedikit sejarah kemunculan fahaman Syiah
Lakaran Imam 12 Syi'ah
1 ulasan:
ooo gitu rupanya sejarah syi'ah....
Catat Ulasan