Pengikut

Sabtu, Januari 12, 2013

Rumah

sejak akhir2 ni sy banyak surf internet tentang cara penjualan rumah. memang leceh sikit prosedurnya...apa yang dapat sy rumuskan ialah...sekiranya anda ingin menjual rumah anda, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah hubungi pihak penilai rumah untuk menilai berapakah harga pasaran rumah anda sekarang... kita boleh hubungi melalui telefon sahaja dan mereka akan melayan kita sebaik mungkin...sekiranya anda rajin, boleh pergi sendiri ke pejabat PA International di daerah masing2... tiada apa2 bayaran dikenakan...

nanti pihak penilai akan bertanya kepada anda apa2 renovation yang telah anda buat di bahagian dalam dan luar termasuklah exstand rmh, tile, cornise, kabinet dan sebagainya. bagi rumah yang pernah terkena banjir, penilaian mengikut keadaan semasa dan nilainya juga mengikut harga pasaran (sekiranya sudah tidak terkena banjir waktu nilaian). sekiranya rumah yang hendak dijual itu dinilai pada tahun yang berlaku banjir, waktu itu value memang akan turun sedikit... tapi, sekiranya anda ingin menilai penuh rumah anda, ia memerlukan pemeriksaan rapi bahagian luaran dan dalaman rumah anda oleh pegawai penilai tersebut di rumah anda sendiri dan akan disediakan satu dokumen lengkap tentang nilai rumah kita...tapi cara ini akan dikenakan bayaran sebanyak rm500.
setelah mendapat berapa nilaian rumah anda, anda boleh upkan sedikit daripada harga yang diletak oleh penilai. ini kerana menurut kebiasaan buyer akan meminta kurang dari harga yng kita tawarkan...tapi janganlah kita kurangkan banyak sangat sampai kurang dari harga penilai letakkan tu.... sebagai tambahan,menurut pegawai penilai, harga rumah lot bumiputera tidak mmpunyai kenaikan harga nilaian yang tinggi... kerana apa....kerana dia lot bumilah!!! kita nak tipu buyer pun susah, sbb semua rekod lot rumah kita ada di Majlis Daerah dan owner rumah ada rekod di pejabat tanah...mereka juga tahu bahawa lot kita tu lot bumi atau tidak....
ada satu lagi perkara sy ingin kongsikan dengan anda semua... sekiranya anda ingin membeli rumah yang tidak diketahui ownernya...anda perlu dapatkan no lot rumah tersebut dahulu... pergilah ke pejabat daerah dan minta pegawai di sana carikan no lot rumah yang anda ingin beli tu, berikan alamatnya...kemudian, barulah pergi ke pejabat tanah di bahagian pendaftaran untuk mendapatkan owner rumah tersebut... leceh jgk kan...?
 bergambar kenangan di hadapan rumah di segamat
 no 31, jln oren 3, taman sri pelangi, segamat
bagaimana rumah idaman anda...??
ini saja untuk perkongsian kita...

Posted via Blogaway








1 ulasan:

Shila berkata...

ada top up sikit di sini...pegawai penilai juga akan brtanya kpd kita keluasan tanah rmh kita sewaktu dia nk wat penilaian...