Pengikut

Sabtu, Mei 23, 2015

JIWAku

Jiwa ini bagaikan sudah layu
Kasih itu telah tandus seiring dengan perjalanan masa
Lalu ku bawa jiwa ini
Mencari keredhaanMu
Sambil mengharap kan ku temui kasihku kembali

Ku pujuk hatiku kembali
Ku belai jiwaku
Agar aku dapat belajar dengan sabar dan redha
Apa itu kehancuran dan kekecewaan
Sambil ku berharap kasihku subur kembali
Bertemu insan yang lebih mulia dari dulu

Dalam ku jejaki perjalanan ini
Tanpa ku sangka ada insan memerhatiku
Kebaikan dan sifat penyayang itu
Membuat aku tertawan
Lalu aku relakan ia berjalan seiring denganku
Meniti hari-hariku

Terlalu banyak masa dan pengorbanan
Yang kau berikan untukku
Lantas aku dapat merasakan
Bahawa jiwa ini telah subur kembali
Dengan siraman kasih sayangmu
Juga belaianmu
Yang mengalir bagaikan elektrik
Darimu hingga ke lubuk jantungku

Tiba-tiba jiwaku menjadi mekar kembali
Hari-hari ku rasakan kembali berseri
Aku tak mahu jiwaku yang sedang mekar  dengan kasih ini
Lembali layu dan tandus
Biarlah ia terus hidup dalam hatiku
Menjadi penyeri hidupku

Tapi bagaimana harus ku nyatakan padamu
Bahawa aku menyayangimu
Tanpa aku mengeluarkan kata-kata indah itu
Ku harap kau fahami dalam setiap gerakku
Bahawa aku amat menyayangimu...

Ketahuilah awak,,,,
Bahawa saya sayangkan awak...

Tiada ulasan: