Pengikut

Ahad, Jun 28, 2015

Felt Craft

Mulanya saya hanya suka-suka menghasilkan felt craft. Ini kerana minat terhadap penghasilan kraf tangan. Cubaan pertama ialah membuat keychain untuk anak-anak. Tapi, apabila kawan-kawan anak-anak terlihat, hanya beberapa orang sahaja yang menempah mengikut citarasa warna dan reka bentuk yang mereka inginkan. Namun, lama kelamaan ramai juga yang menempah, apalagi apabila saya menghasilkan key chain nama... lagilah diorang suka... selain itu saya juga menghasilkan hand fone strap dan brooch. Apabila sudah menghasilkan reka bentuk yang disukai mereka, tanpa diduga, saya mendapat tempahan bantal felt pula. pada mulanya saya tidak berani untuk mengambil tempahan...namun oleh kerana customer yang tempah ni, terlalu meinginkan bantal felt.... maka, saya mula membuat research di blog-blog atau instagram untuk mengetahui bagaimana bantal felt dihasilkan...

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan bantal felt yang mengikut citarasa pelanggan saya.



Ini cubaan pertama saya menghasilkan bantal felt. mudah saja rupanya.



Yang ini untuk hiasan dalam kereta.

Sekarang saya sedang menghasilkan bantal felt untuk seorang pelanggan lagi... juga untuk diletakkan dalam kerata juga...

Jika ada masa nanti, saya akan upload di blog ini...

Jika ada yang berminat, bolehlah whatsapp saya di nombor 0197637401

Bye...

Tiada ulasan: