Mula masuk aku ternampak murid India. Hatiku terdetak, 'alamak...ada lg non-muslim...mcmn aku nk ngajar? sek ni x disediakan subjek Pendidikan Moral. Nanti takut2 bila balik rmh, dia cerita kt mak bapak dia cikgu ajar Pendidikan Islam. Sebelum ni abang dia (sekarang tahun 3), menjadikan jumlah murid non-muslim seramai 3 orang semuanya termasuk murid cina-kemboja. Bila subjek Pendidikan Islam, mereka akan pergi ke pemulihan. So, aku pun berpesan pada murid tu : 'Awk, x boleh belajar Pendidikan Islam sebab kamu non-muslim, nanti bila2 kamu duduk belakang kalau cikgu ajar.' Aku pun teruskan pengajaran...
Tiba2....
Aku trdengar suara orang teresak-esak. Aku mencari suara tu. Rupa2nya murid India tadi menangis teresak2...Aku mendekatinya dan brtanya kenapa. Dia terus menangis sambil menjawab: "Amma, @#$%^&*()!...." dgn bahasa yg aku tak fahami. Nk trgelak rasanya. Dia ingat aku faham ke...??? Lalu aku memujuknya supaya jgn menangis & beri dia tisu utk lap air mata dan segala air yang keluar. Hehe... Lama2 dia diam...tp, x lama tu...dia menangis semula. Aku biarkan aje...
Murid India (kiri sekali) nama dia Naveen, sedang teresak2. Kenapa dia menangis, aku x pasti...
Mungkin sebab aku katakan, dia x boleh belajar Pendidikan Islam mnjadi punca dia menangis.
Selang 2 hari aku masuk balik kelas tu, kali ni dia ceria dan asik bercakap : "Cikgu, Amma sini balik..!" Aku hanya menjawab : "Ya". Entah apa yg dia maksudkan, aku pun x tahu...
Mungkin sebab aku katakan, dia x boleh belajar Pendidikan Islam mnjadi punca dia menangis.
Selang 2 hari aku masuk balik kelas tu, kali ni dia ceria dan asik bercakap : "Cikgu, Amma sini balik..!" Aku hanya menjawab : "Ya". Entah apa yg dia maksudkan, aku pun x tahu...
Tp, aku asyik menahan gelak aje. Kwn2 dia kata, dia ckp nnti mak dia datang waktu balik.
Wajah2 generasi akan datang. Nampak hampir semuanya cerdik, coz boleh baca Iqra & tiada masalah nk menulis.
Minggu pertama persekolahan jadual masih bermasalah kerana jQaf sudah sampai ke tahun 6. Ada masalah sedikit tentang kesesuaian masa kerana guru jQaf ada terlibat dgn PnP PJ. Untuk minggu hadapan, aku dapat jadual baru & aku mungkin tidak lg mengajar kelas ini utk tahun ini. Mungkin jgk, aku akan kembali mengajar...bergantung pd keadaan. Tapi, kisah murid India tadi memang akan aku kenang sampai bila2. Mungkin salah aku jgk menjelaskan kpdnya tentang perkara itu. So, di lain ketika...aku harus berhati2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan